assalamualaikum....
Pejam celik pejam celik dah tahun 3 dah aku kat ukm ni. dah besar lah 'agaknya'. huh! baru 2 hari bergelar pelajar perakaunan tahun 3 ni, banyak perubahan yang aku nampak. bukan saja cara lecture mengajar, tapi member2 aku pon semua dah 'lain'. harap nya, perubahan2 ni boleh membawa kpd kebaikan lah, termasuk diri aku sendiri. dalam beberapa kelas setakat ni, nampaknya lecture banyak bagi falsafah masing2. waahh, aku ni memang minat dengar kata2 para ilmuan ni, kalau di banding dengan falsafah2 rekaan 'ilmuan' fesbook yang menegakkan diri sendiri jer, hmm meluat juga kadang tu. tapi yang dari lecture ni serius lain, memang rare la orang kata. apa yang diorang cakap boleh jadi menakutkan, boleh jadi lawak, boleh jadi motivasi, boleh jadi orang tak boleh terima dsbg. tapi aku? yes, of course aku terima tanpa usul periksa. (*amboi, apa aku cakap ni.krikk kriik kriikk... ) tadi rasa macam nak tulis kat sini, tapi macam malas pulak..haha..takpe lah, aku tulis sikit apa yang aku ingat eh.
-kata encik lecture, belajar bidang akaun bukan sebab nak kaya, bukan sebab nak dapat pointer tinggi pastu dapat kerja bagus2 pastu kahwin, no! sebab bukan semua akan dapat kerja, gaji tinggi dsbg. tapi belajar ni sebab nak ilmu yang berkat, yang boleh bawa kita ke mana2 walaupun kerjaya kita bukan dalam bidang yang kita ambik ni. yang boleh bagi manfaat kpd diri sendiri dan orang lain. -audit akaun diri sendiri sebelum audit akaun orang lain. -telus, tulus, etika yang kita belajar ni tak sama dengan realiti, jaga diri -biar kita habis rm85, akan datang kita dapat rm8500. -apa keputusan kita buat hari ni walaupun kecil, biar ada manfaat masa akan depan.
yeahh.. ni serba sedikit yang aku ingat lah banyak yang x ingat sbnrnya.. hehehe.. hmm.. sbnrnya tahun ni aku rasa janggal sikit, sebab aku rasa macam aku pulak yang first year. biasanya hidup aku kt fakulti ni ber'geng'. tp skrg ramai yg berjawatan, ada kerja masing2, dah jumpa dunia masing2.jadi, aku golongan yg xde kerja ni, rasa xtau nak buat apa la pulak..haha.. cuma nasihat aku kat korang, dunia tetap dunia. semoga semua baik2 aja lah yer.
ok lah, dah lama tak updated blog, xde masa 'agaknya' lah...hehe..
ok thanks sudi singgah..
aku percaya roda itu bulat, aku percaya tali itu ada penghujung.dan aku percaya semuanya tertulis 'kenapa'.. semoga aku lebih matang...
No comments:
Post a Comment