Sunday, 23 December 2012

Tips HilaNg MeNgAntUk

Assalamualaikum...

Alahaii..mengantuk betul malam ni. assigment tak siap lagi..sabar sabar..sikit jer nih..
hehe..bila rasa mengantuk, tergerak pulak nak cari tips elakkan mengantuk nih..maklumlah student, kalau boleh, nak bawak je tilam masuk dalam kelas..namun sanggup kah??haha..memang tak laa kan,. so, eSS dapat cari tips2 yang boleh dikopipes oleh warga warga student sekalian untuk diaplikasikan dalam kelas...hehe (^_^)

TIPS ELAK MENGANTUK DALaM KELAS,..


1. Bawa gula-gula getah dengan kuantiti yang mencukupi. Apabila lecture start jer, makan 2 sekaligus (jangan tercekik sudah). Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak mengantuk. Keberkesannanya bergantung kepada individu.
2. Bawa bersama air masak (air mineral pun boleh!). Mengikut kajian saintifik, otak kita ini memerlukan 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. (main air masa lec tengah mengajar pon OK gak..huhu)
3. Bila mengantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!! Bukan untuk balik asrama/rumah atau tidor, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni. Nak lagi bagus ambil Wudhu.
4. Kalau mengantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas, suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat, jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.
5. Kacau kawan sebelah sampai tak rasa mengantuk. Ajak bersembang, tapi mesti pandai cover line. Padahnya, tumpuan kat kelas memang out lah!! (tidak digalakkan).
6. Main conteng-conteng. lukis muka lecture pon ok gak..kalau kantoi, tanggung sendiri ye
7. Buat senaman Ia dilihat berkesan, sebab bila buat senaman badan kita ataupon otot kita ni bergerak. Jadinya segala abdomen badan  kita yang malas akan terjaga dan akan mengaktifkan hormon korang. Geliat kiri kanan pun dah ok
8. Pandang sekelilingJangan asyik fokus satu tempat jer, cari laa objek2 yang best dipandang. Melihat objek hijau pun boleh membuatkan mata segar
9. Banyakkan bertanya. Selain dapat elakkan mengantuk, dapat lagi kita paham. 

TeMu DuGa 2

Assalamualaikum....

sebelum nie eSS post kan tips SEBELUM TEMUDUGA. kali ni eSS jumpa lagi tips semasa temuduga.
so, eSS nak kongsikan jugak kat sini.. take note yer (^_^)

TIPS SEMASA DITEMUDUGA

—Beri ucap selamat
—Perkenalkan nama
—Gelaran yang sesuai untuk penemu duga
—Dato’, Tuan, Encik X, Puan, Cik, dsb
—Bersalaman hanya jika dihulur tangan
—Duduk di tempat disediakan
—Senyum sewajarnya
EMOSI
—Tunjukkan minat dan rasa senang
—Sentiasa sedar gerak-geri ‘dibaca’
—Duduk tegak tetapi membongkok ke hadapan ‘sedikit’
—Lutut dirapatkan sewajarnya mengikut jantina
—Tangan di riba
—Kawal gemuruh
REAKSI
—Pandang tepat ke muka penemu duga
—Elak renungan tajam!
—Fokus lebih kepada panel yang menanya soalan tetapi tidak abai yang lain
—Tampilkan ketrampilan diri;
Pekerti mulia, ramah, menghormati orang lain, cergas dan cerdas, tidak lesu dan mengantuk,
fokus!

SEMOGA Bermanfaat (^_~)

TeMu DuGa

Assalamualaikum...
kali nie eSS nak kongsi tips temuduga yang eSS blajar masa kat matrik dulu.. walaupun eSS tak pernah temu duga lagi, tapieSS rasa tips ni boleh membantu eSS pada masa akan datang

SEBELUM TEMU DUGA
     Tiba awal!
— Matikan telefon bimbit
— Elak ulang-alik ke tandas
— Berpakaian kemas dan bersih
— Minyak wangi tidak keterlaluan

  ~untuk lelaki~
—Rambut kemas
—Tidak berkelemumur
—Bercukur licin
—Tidak berbau rokok
—Pilih pakaian dan warna
  yang sesuai

~kepada wanita~
—Tidak mempamer barang kemas keterlaluan
—Berdandan sederhana
—Bertudung biasa yang sepadan warna pakaian
—Pakai kasut; bukan sandal
—Saiz beg tangan tidak terlalu besar, penuh dan padat!


JANGAN!!
—berbuat bising
— kelam-kabut
beramah-tamah dengan semua di bilik menunggu
—menyelongkar fail dokumen
—tunjukkan bukti anda perokok
—menguap!

(~_^)

TiKuS teTikUs

Assalamualaikum...

haa...kali nie eSs nak kongsi fakta menarik tentang tikus melalui sumber bacaan eSS. bila bace tentang nie, eSS rasa teruja dan ambil inisiatif utk mengopy dan paste kan kat sini..huhu..selamat menambah ilmu baru ye..


fakta menarik tentang tikus....

1-Tikus dapat bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

2-Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.

3-Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera dan boleh melompat sehingga 12 inci.

4-Tikus buta warna dan lemah penglihatannya tetapi tajam deria bau dan pendengaran.

5-Tikus tidak suka sesuatu yang baru dan peka pada persekitarannya.

6-Tikus bukan haiwan akuatik tetapi ia boleh berenang walaupun ia tidak sukakannya.

7-Gigi tikus sentiasa tumbuh sekitar 3.5 sehingga 4.5 cm setahun dan ini menyebabkan tikus perlu sentiasa menggigit benda untuk menumpulkannya, jika tidak gigi tikus akan menembusi bibir dan mulutnya dan ini boleh mengakibatkan ia mati akibat tidak boleh makan dan infeksi kuman.

8-Tikus tidak pernah berpeluh kerana ia boleh mengawal suhu badannya melalui pembuluh darah di ekornya.

9-Tikus tidak memiliki hempedu lantaran itu ia tidak akan muntah.

10-Tikus betina bersedia melahirkan anak seawal usianya sebulan setengah.



haaa...hebatkan ciptaan Allah nie. Allahuakbar

Kelebihan surah Al-Mulk

Assalamualaikum...

"Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk"~ulamak~

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

hOi kErOpOk LEkOR

Assalamualaikum...

eSS orang terengganu..so nak promote sikit makanan glamour kat sini..hehe

KEROPOK LEKOR

Keropok lekor merupakan keropok batang yang terkenal di pantai timur terutamanya TERENGGANU (hehe). keropok ini diperbuat daripada isi ikan laut dicampur sagu dan sedikit garam. ramuan ini diuli dan digentel panjang bertali sebelum direbus.
kandungan ikan yang banyak menjadikan keropok lekor sebagai makanan yang berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.
keropok lekor boleh terus dimakan, dan sangat BEST dicicah dengan air lada...
selain itu, air lada turut memainkan peranan penting dalam menambah kesedapan keropok lekor..



sambil jalan jalan kat terengganu tuih, jangan lupa rasa keropok lekor ye.. (^_~)

Saturday, 22 December 2012

aNaK SoLEh =)

Assalamualaikum..

Nak jadi anak soleh kan?? nah amik kartun2 comel ni buat profile picture







eSS ad button gambar yang atas skali tuh, ada orang hadiahkan..huhu.. (^_~)

aNaK SoLEh

Assalamualaikum...

Nama saya S bin S.. Saya nak jadi anak soleh, tapi tak boleh sebab ayah saya nama S bukan soleh. jadi untuk memastikan saya menjadi anak soleh, saya perlulah memaksa ayah saya tukar nama dia jadi soleh. so, nama saya sekarang ialah S bin Soleh..
eh2..macam tu pon boleh?? huhu....mcm2..

ok kawan2 sekalian. disebabkan kita perlu berusaha jadi anak yang soleh,. so eSS nak kongsikan sikit ciri2 anak soleh. insyaAllah, input ni dapat membantu kita dalam membentuk diri kita jadi yang lebih baik dari sebelum2 nih... (^_~)

kopipes je nih...

ciri ciri anak soleh:
1. Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.
2. Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa,membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3. Menghormati Ibubapa,guru,orang tua,jiran & kawan.
4. Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5. Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.
6. Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.
7. Memiliki akhlak @ moral yang baik.
8. Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9. Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10 .Ikhlas,yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. 

selain itu kenalah sentiasa berdoa untuk jadi anak yang soleh dan berusaha ke arahnya.. ^_~

JaNgaN MeNgeLuh =)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. dalam keadaan bercelaru dengan assigment dan exam, tiba-tiba sahabat eSS masa kat matrik hantar chat berbentuk dokumen..jadi, eSS nak kongsikan dgn kawan2 semua.. take note deh.. =)


JANGAN MENGELUH!!!

Kita sentiasa bertanya… dan al-Quran sudah menjawabnya…

Manusia
:
KENAPA AKU DIUJI?
Al-Quran
:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(SURAH AL-‘ANKABUT : 2 & 3)

Manusia
:
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Al-Quran
:
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(SURAH AL-BAQARAH : 216)

Manusia
:
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Al-Quran
:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(SURAH AL-BAQARAH : 286)

Manusia
:
KENAPA RASA FRUST?
Al-Quran
:
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
(SURAH ALI ‘IMRAN : 139)

Manusia
:
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Al-Quran
:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
(SURAH AL-BAQARAH : 45)


:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(SURAH ALI ‘IMRAN : 139)

Al-Quran
:
APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Manusia
:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga.
(SURAH AT-TAUBAH : 111)

Al-Quran
:
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Manusia
:
Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.
(SURAH AT-TAUBAH : 129)

Al-Quran
:
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
Manusia
:
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir
(SURAH YUSUF : 87)


Friday, 21 December 2012

tAhAJud

Assalamualaikum..

Bila ada yang pesan suruh eSS buat tahajjud, teringat pulak zaman dahulu kala. disaat kecik2 bersekolah menengah pada ketika itu. huhu...rajin betol bertahajud mse tuh,nak2 bila dekat nak exam. maklum laa duduk asrama. memang best. dulu kawan suka ikot2 orang lain buat. kalau sorang buat tahajud, mesti ada yang ikot gak, bila ada kawan lain tahu, mintak tolong kejutkan pulak nak join skali. kitorang bukan baik pon, kaki sembang jugak. suka kenakan junior jugak. tapi baik jugak laa sikit..hihihi.. tapi memang best kalau ingat balik. tapi skrg da lain, macam da kurang..aduhaaiii.. apa dah jadi ni eSS?????? check balik check balik... 

hadirin hadirat tuan puan saudara saudari sekalian. now, i want to share u sedikit about tahajud. i got this from some bahan bacaan. read carefully.

orang yang rajin menunaikan soalat sunat tahajud mendapat beberapa kelebihan sama ada di dunia dan akhirat

1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
2. tanda berkat pada wajahnya
3. Allah menjadikannya seorang yang bijaksana 
4. bila bercakap penuh dengan hikmah
5. disukai
6. wajah bercahaya
7. diringankan hisab
8. menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
9. dapat buku amalan dengan tangan kanan

Tahajjud merupakan salah satu pintu rezeki buat hambaNya yang ingin mencari ketenangan

hmm..tengok, banyak betol kelebihan solat sunat tahajud nih. jom2 pakat amalkan solat sunat tahajud.. sambil bangun study tuh tahajud laa dulu yer..selamat beramal..

''Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji''.

Thursday, 20 December 2012

beRfiKir seJenAk teNtanG iLmu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..kita masih lagi diberi peluang utk terus hidup untuk meneruskan perjuangan kita sebagai hamba kepada Allah. Semoga kita sentiasa ingat tugas kita sebagai hambaNya dan tidak alpa dengan kehidupan dunia yang sementara ini..  

Perkongsian kali ini adalah tentang ilmu, dimana sebagai seorang muslim, kita diwajibkan menuntut ilmu, Rasulullah bersabda "sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan melalukan (memudahkan laluan orang itu) ke syurga". 

Lihat saja Bandingan ilmu dengan harta..Renungkan....

1. ilmu memelihara kita sedangkan kita yang pelihara harta
2. orang berilmu ramai taulan sedangkan orang banyak harta ramai musuh (pendengki)
3. ilmu semakin dicurahkan kepada orang lain, semakin bertambah. sedangkan harta apabila digunakan semakin berkurang.
4. ilmu tidak binasa, harta boleh binasa
5. ilmu mampu melembutkan hati. harta boleh menyebabkan kita alpa

 ya.. kita perlu tamakkan ilmu. kerana kita perlukan intipati atau isi bukan sekadar hebat luaran sahaja. tidak kira laa kita kecik, tough, hensem atau pandai berkata kata, pandai buat ayat manis tapi jika isinya tidak baik maka jadilah tetap tiada kualiti. sebab itu dikatakan tujuan pendidikan bukan mencari  pekerja yang bagus tetapi orang yang bagus.

akhir kata.. ingat ayat nih  KITA BELAJAR ILMU SEBAB NAK KENAL ALLAH, BUKAN NAK JADI TERKENAL. BIAR ORANG TAK KENAL KITA, ASALKAN ORANG KENAL ALLAH..  insyaAllah

semoga perkongsian dapat memberi manfaat.. ^_^

Wednesday, 19 December 2012

JanGan SediH

assalamualaikum...

Manusia biasa memang tidak boleh lari dari perasaan sedih. Harta pangkat bukan boleh tolong pon bila kita sedih ke apa ke. makin tambah masalah, mungkin jugak. aduhaaaiii

hmmm..

"janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah ada bersama kita." (At-Taubah:40)

alhamdulillah.. ayat diatas sangat memberi semangat kepada kita yang selalu sangat sedih sedih sedih sedih nie.. Allah bersama kita.
sebesarmana pun masalah yang kita hadapi, sesedih mana pon kita. ingat Allah bersama kita.

kekadang kita terlalu sedih, sampai satu saat kita tak tahu kenapa kita terlalu sedih. kita terlalu leka dengan kesedihan. kita lupa yang Allah bersama kita.

sahabat..
kita tidak tahu sebab Allah timpakan kesedihan. Mungkin juga kerana Allah mahu kita menjahit kembali sejadah iman kita yang koyak. saat kita terlalu leka dengan dunia, saat itu juga lah semakin jaoh kita dari landasanNya.  sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

kesempatan ini, mari kita renung kembali diri kita. kenapa kita selalu sedih. kenapa kita selalu ada masalah. ya!! muhasabah diri. perbaiki kelemahan. ikhlaskan hati kepadaNya. tak perlu panjang2kan kesedihan. banyakkan istighfar .. insyaAllah..


Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang



jgn sedih2 ye..Allah kan ada..senyumsikit ^_^



Saturday, 15 December 2012

MeNcaRi hAti

assalamualaikum...

hai encik hati..kemanakah kau pergi?? mengapa jadi begini. ak tidak mahu kamu yang ini. kembalilah seperti sedia kala atau lebih baik dari itu.. 







pesan Imam Ghazali:
"carilah hati mu di tiga tempat..temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. jika tidak engkau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati. jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana pada hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati"..


berhati hati dengan hati ye....^_^....

Monday, 10 December 2012

MenJaDi DiRikU

Assalamualaikum

Menjadi diriku...

Nampaknya aku masih bukan diriku. diriku sepatutnya . macam nie ke DIRI??
memang bukan. aku banyak sangat buat silap. buat salah. ala salah ngan silap lebih kurang jer la.
tapi sampai bila nak macam nie. dah rasa macam mengeluh dengan diri sendiri. tapi apa guna mengeluh kalau tetap tak berubah. dalam fikiran asyik duk fikir, kenapa aku macam nie. asyik ulang kesilapan yang sama. dah banyak kali macam nie. apa yang tak kena sebenarnya hah? memang ada sangat yang tak kena laa tuh..
fikir3...knape erk??

haaa...mesti ramai yang bersituasi mcm nie kan??

ummm..tu laaa,, sape suruh asyik buat salah. kan dah bercelaru kepala otak. So, macamne nak buat nih
otak dah laa bercelaru, okeh!! cuba fikir , apa salah kita dah buat. kenapa pulak kita pergi buat salah tu. paling best bagaimanakah cara untuk membuat salah tuh..haha..lawak2.
kita manusia memang tak lari dari kesilapan. tapi kita masih boleh usaha untuk tak melakukannya. cewaahh..
apa yang kita kena buat, MUHASABAH DIRI. nilai balik apa yang kita dah buat dan macamne nak baikinya. insyaAllah. kita dah berniat untuk mengubah, Allah akan bantu.. bila susah sangat nak berubah. PAKSA jer. kadang2 kita tercari2 macam nak start. sebab tu sampai skrg tak berubah2. so, paksa diri tu. baru boleh start kan..haa... tu jer laa sikit sebanyak cara encik ess boleh kongsi. kalau dah terpaksa, memang kena paksa. hehe...ok, jangan tension2 deh..senyum =)

ingat bro, jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam....

assalamualaikum