Assalamualaikum...
Alhamdulillah..kita masih lagi diberi peluang utk terus hidup untuk meneruskan perjuangan kita sebagai hamba kepada Allah. Semoga kita sentiasa ingat tugas kita sebagai hambaNya dan tidak alpa dengan kehidupan dunia yang sementara ini..
Perkongsian kali ini adalah tentang ilmu, dimana sebagai seorang muslim, kita diwajibkan menuntut ilmu, Rasulullah bersabda "sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan melalukan (memudahkan laluan orang itu) ke syurga".
Lihat saja Bandingan ilmu dengan harta..Renungkan....
1. ilmu memelihara kita sedangkan kita yang pelihara harta
2. orang berilmu ramai taulan sedangkan orang banyak harta ramai musuh (pendengki)
3. ilmu semakin dicurahkan kepada orang lain, semakin bertambah. sedangkan harta apabila digunakan semakin berkurang.
4. ilmu tidak binasa, harta boleh binasa
5. ilmu mampu melembutkan hati. harta boleh menyebabkan kita alpa
ya.. kita perlu tamakkan ilmu. kerana kita perlukan intipati atau isi bukan sekadar hebat luaran sahaja. tidak kira laa kita kecik, tough, hensem atau pandai berkata kata, pandai buat ayat manis tapi jika isinya tidak baik maka jadilah tetap tiada kualiti. sebab itu dikatakan tujuan pendidikan bukan mencari pekerja yang bagus tetapi orang yang bagus.
akhir kata.. ingat ayat nih KITA BELAJAR ILMU SEBAB NAK KENAL ALLAH, BUKAN NAK JADI TERKENAL. BIAR ORANG TAK KENAL KITA, ASALKAN ORANG KENAL ALLAH.. insyaAllah
semoga perkongsian dapat memberi manfaat.. ^_^
No comments:
Post a Comment