Alahaii..mengantuk betul malam ni. assigment tak siap lagi..sabar sabar..sikit jer nih..
hehe..bila rasa mengantuk, tergerak pulak nak cari tips elakkan mengantuk nih..maklumlah student, kalau boleh, nak bawak je tilam masuk dalam kelas..namun sanggup kah??haha..memang tak laa kan,. so, eSS dapat cari tips2 yang boleh dikopipes oleh warga warga student sekalian untuk diaplikasikan dalam kelas...hehe (^_^)
TIPS ELAK MENGANTUK DALaM KELAS,..
1. Bawa gula-gula getah dengan kuantiti yang mencukupi. Apabila lecture start jer, makan 2 sekaligus (jangan tercekik sudah). Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak mengantuk. Keberkesannanya bergantung kepada individu.
2. Bawa bersama air masak (air mineral pun boleh!). Mengikut kajian saintifik, otak kita ini memerlukan 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. (main air masa lec tengah mengajar pon OK gak..huhu)
3. Bila mengantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!! Bukan untuk balik asrama/rumah atau tidor, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni. Nak lagi bagus ambil Wudhu.
4. Kalau mengantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas, suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat, jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.
5. Kacau kawan sebelah sampai tak rasa mengantuk. Ajak bersembang, tapi mesti pandai cover line. Padahnya, tumpuan kat kelas memang out lah!! (tidak digalakkan).
6. Main conteng-conteng. lukis muka lecture pon ok gak..kalau kantoi, tanggung sendiri ye
7. Buat senaman Ia dilihat berkesan, sebab bila buat senaman badan kita ataupon otot kita ni bergerak. Jadinya segala abdomen badan kita yang malas akan terjaga dan akan mengaktifkan hormon korang. Geliat kiri kanan pun dah ok
8. Pandang sekelilingJangan asyik fokus satu tempat jer, cari laa objek2 yang best dipandang. Melihat objek hijau pun boleh membuatkan mata segar
9. Banyakkan bertanya. Selain dapat elakkan mengantuk, dapat lagi kita paham.
No comments:
Post a Comment