Sunday, 23 December 2012

TiKuS teTikUs

Assalamualaikum...

haa...kali nie eSs nak kongsi fakta menarik tentang tikus melalui sumber bacaan eSS. bila bace tentang nie, eSS rasa teruja dan ambil inisiatif utk mengopy dan paste kan kat sini..huhu..selamat menambah ilmu baru ye..


fakta menarik tentang tikus....

1-Tikus dapat bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

2-Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.

3-Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera dan boleh melompat sehingga 12 inci.

4-Tikus buta warna dan lemah penglihatannya tetapi tajam deria bau dan pendengaran.

5-Tikus tidak suka sesuatu yang baru dan peka pada persekitarannya.

6-Tikus bukan haiwan akuatik tetapi ia boleh berenang walaupun ia tidak sukakannya.

7-Gigi tikus sentiasa tumbuh sekitar 3.5 sehingga 4.5 cm setahun dan ini menyebabkan tikus perlu sentiasa menggigit benda untuk menumpulkannya, jika tidak gigi tikus akan menembusi bibir dan mulutnya dan ini boleh mengakibatkan ia mati akibat tidak boleh makan dan infeksi kuman.

8-Tikus tidak pernah berpeluh kerana ia boleh mengawal suhu badannya melalui pembuluh darah di ekornya.

9-Tikus tidak memiliki hempedu lantaran itu ia tidak akan muntah.

10-Tikus betina bersedia melahirkan anak seawal usianya sebulan setengah.



haaa...hebatkan ciptaan Allah nie. Allahuakbar

1 comment:

ainkhamis said...
This comment has been removed by the author.